Friday 25 February 2011

RIWAYAT HIDUP USTAZ AYOB BIN YAAKOB






TAJUK

Ustaz Ayob bin Yaakob ,Tokoh Yang Disegani


Disediakan oleh

Nadisya bt Murshid
No. Matrik:2010233516
Kumpulan:asd2dn

Program
Diploma Sains


Disediakan untuk

Ustaz Abdul Aziz b Harjin
Pensyarah CTU 551



Tarikh hantar:
28 Februari 2011


















Isi Kandungan                                                            Muka surat

1.         Abstrak                                                                   2
2.         Pendahuluan                                                          3
3.         Lahirnya Ayob bin Yaakob                                   3
4.         Sekolah Menengah                                               4
5.         Melanjutkan Pengajian                                          5
6.         Pulang Ke Tempat Sendiri                                   6
7.         Keluarga beliau kini
7.         Penutup








Abstrak

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Ketokohan Ustaz Ayob b Yaakob menjadikan beliau terkenal pada zamannya. Beliau menjadi idola penduduk sekitar Tasek Gelugor khasnya dan masyarakat sekitar Seberang Perai umumnya. Pada tahun sekitar 50 an , tidak ramai di kalangan masyarakat yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kebanyakan penduduk hidup dalam kedaifan dan pengaruh Inggeris masih lagi kuat. Ustaz Ayob bin Yaakod dilahirkan pada 2 haribulan Julai tahun 1950 di Tasek Gelugor, Seberang Perai. Dibesarkan dikalangan keluarga yang teguh dalam ilmu agama Islam. Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor dan dalam masa yang sama ke sekolah Rendah Agama Pokok Tampang. Beliau kemudian melanjutkan ke Pondok Pokok Sena. Kepala Batas. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Madinah,Madinah.
Setelah tamat pengajian di luar Negara, beliau pulang ke tanah air dan menetap di Pondok Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam. Sambil menuntut ilmu beliau juga menjadi pengajar di tempat tersebut. Setelah hampir lima tahun beliau akhirnya kembali ke tempat lahirnya di Tasek Gelugor. Disebabkan ingin menyebarkan ilmu kepada masyarakat, beliau membuka kelas pengajian agama Islam di sebelah rumahnya. Siang hari beliau menjadi petani dan di malam hari menjadi tuan guru. Beliau juga mengajar di masjid-masjid berhampiran.




Pendahuluan
.
Yaakob bin Ali  yang merupakann anak yatim piatu telah mengikuti bapa saudaranya berpindah dari Baling , Kedah ke Tasek Gelugor, Seberang Perai. Umurnya ketika itu ialah  15 tahun .Beliau membantu bapa saudaranya mengusahakan sawah padi milik  Haji Abdullah b Samad. Bapa saudaranya akan pulang ke kampung halaman setiap 2 minggu dan apabila selesai menanam padi. Yaakob serta beberapa orang pekerja yang lain tinggal di suatu pondok bersebelahan rumah Tuan Haji Abdullah.

            Rumah Tuan Haji Abdullah dikelilingi oleh sawah padi dan boleh dikatakan sebuah pulau. Oleh itu pulau itu hanya memiliki 2 buah rumah sahaja dan agak terasing dari rumah-rumah yang lain.

Pada siang hari, Yaakob mengerjakan sawah padi milik tuannya dan pada malam hari beliau menemani Hj Abdullah mengajar ilmu agama Islam di masjid-masjid di sekitar Seberang Perai. Ketekunan dan sikap sabar Yaakob mempelajari ilmu agama dari Hj Abdullah menjadikan beliau seorang murid yang disayangi gurunya.

            Yaakod atau dikenali sebagai ‘Kob Kedah’ merupakan gelaran yang diberikan oleh orang-orang kampung. Hj Abdullah yang semakin berusia akhirnya menyerahkan segala urusan mengusahakan sawah miliknya kepada Yaakob.

Sikap Yaakob yang rajin dan berbudi bahasa telah berjaya memenangi hati majikannya yang akhirnya dijadikan menantu pada usia 22 tahun. Aishah yang ketika itu berusia 19 tahun merupakan anak tunggal kepada Hj Abdullah.Seorang gadis yang memiliki peribadi mulia dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan dan asuhan ayahnya yang merupakan seorang ulama berpengaruh. Yaakob tinggal bersama keluarga mertuanya dan diberi kepercayaan untuk menguruskan semua sawah padi milik Hj Abdullah.

Lahirnya Ayob Bin Yaakob

Hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga , pasangan tersebut dikurnikan seorang cahaya mata. Dilahirkan pada jam 5.00 pagi , hari Jumaat bersamaan 2hb Julai Tahun 1950 bayi lelaki tersebut dinamakan Ayob. Datuknya sendiri yang memilih nama tersebut sempena Nabi Ayob yang terkenal dengan sifat sabar.

            Ayob dibesarkan dengan kasih sayang oleh ayah, ibu serta datuk dan neneknya. Pada usia 3 tahun , Ayob telah menghafal beberapa surah Al-Quran yang pendek-pendek. Ayahnya sendiri yang mengajarnya membaca Al-Quran di rumah mereka. Pada usia 7 tahun , Ayob dihantar ke sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor yang jaraknya lebih kurang 3 km dari rumahnya. Ayahnya akan menghantarnya ke sekolah pada tengahari dengan menaiki basikal. Pada sebelah pagi pula , Ayob akan dihantar ke Sekolah Rendah Agama ,Ibtidaiyah Pokok Tampang, Tasek Gelugor yang jaraknya juga hampir 3 km dari kediamannya. Pada sebelah malam pula, Ayob akan belajar mengaji Al-Quran di rumahnya sendiri. Ayod seorang budak lelaki yang terang hati dalam mempelajari kitab Al-Quran ,Hal ini terbukti pabila beliau khatam Al-Quran semasa usianya baru mencecah 8 tahun.

            Semasa dalam darjah 2 ,beliau ke sekolah dengan menaiki basikal. Bakatnya mula menyerlah apabila beliau memenangi pertandingan membaca Al-Quran di sekolah Agama yang dianjurkan setiap tahun dengan mengalahkan pelajar di darjah yang lebih tinggi. Beliau juga pernah memenangi tempat ke dua dalam pertandingan laungan azan semasa berumur sepuluh tahun. Beliau sering diberi peluang mengalunkan azan di masjid semasa mengikut bapanya menunaikan solat maghrib dan isyak.

Sifat ramah dan mudah bergaul dengan orang dewasa menjadikan beliau seorang budak yang amat disenangi ramai. Beliau sering dijadikan contoh oleh orang-orang kampung.Beliau juga pandai berenang kerana rumahnya berhampiran sungai dan juga tali air untuk pengairan sawah padi yang merentasi di belakang kampungnya. Sifat kanak-kanaknya tetap ada , oleh itu beliau gemar bermain di tali air bersama kawan-kawanya walaupun dilarang oleh ibunya. Beliau telah pun pandai berenang semasa berusia 6 tahun.

Sekolah Menengah

Setelah berusia 12 tahun, beliau menamatkan pengajian di Sekolah Kebangsaan  dan di Sekolah Rendah Agama. Minat yang mendalam dalam bidang agama mendorong beliau meneruskan pengajian di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas. Kehidupan di pondok pengajian yang serba daif itu menguatkan semangat beliau untuk menuntut ilmu. Beliau tinggal di kediaman yang merupakan pondok kecil bersama 3 orang rakan yang lain. Keperluan makanan terpaksa dilakukan sendiri dengan melaksanakan giliran memasak.

Pembelajaran bermula selepas waktu subuh hinggalah selepas waktu isyak. Kebanyakan matapelajaran memerlukan hafalan. Bahasa Arab menjadi bahasa pengantar di sekolah tersebut.Ayob bernasib baik kerana telah menguasai bahasa Arab semasa di sekolah rendah Agama. Ayob sering menjadi pembimbing bagi rakan serumahnya dalam mempelajari ilmu bahasa Arab.

Ayob meneruskan pengajian di Pondok tersebut selama 4 tahun dan memperolehi empat senawi. Beliau bercita-cita ingin meneruskan pengajian ke Asia Barat samada Mesir , Jordan atau Arab Saudi.

            Sementara menunggu permohonan menyambungkan pengajian beliau sering membantu siak masjid di kampungnya. Masa remajanya digunakan bergaul dengan imam dan orang-orang tua yang mengunjungi  masjid. Beliau sering mengalunkan azan dan kadang-kadang kala diberi kepercayaan menjadi imam. Bacaan Al-Quran yang baik menyebabkan beliau sering diberi peluang menjadi imam. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi imam sembahyang tarawikh beberapa malam dalam bulan Ramadhan.


Melanjutkan Pengajian

Beliau akhirnya mendapat tawaran menyambungkan pengajian di Universiti Madinah pada tahun 1961. Dengan pembiayaan sendiri , beliau memulakan pengajian dalam bidang usuluddin di Universiti Madinah. Beliau mendapat pembiayaan sepenuhnya dari Kerajaan Arab Saudi. Semangat menuntut llmu yang ada pada dirinya menjadi beliau pelajar asing terbaik dalam penguasaan ilmu bahasa Arab.
Selama 4 tahun menuntut ilmu di sana, beliau mengambil berkesempatan mengerjakan haji sebanyak 2 kali.
Dengan kemahuan dan usaha yang gigih, beliau berjaya menamatkan pengajiannya selepas 4 tahun.


Pulang ke tempat sendiri.

            Pada tahun 1965, beliau akhirnya pulang ke tanah air sendiri. Kerana dambakan ilmu, beliau tingga di pondok pengajian di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam. Disebabkan beliau telah biasa dengan pengajian ala pondok, keadaan di tempat barunya tidak menjadi masalah baginya. Beliau berkahwin dengan salah seorang pelajar perempuan yang belajar di situ. Mengaji kitab-kitab lama di situ menjadikannya lebih matang kerana terdapat perbezaan mazhab dengan pengajiannya di Arab Saudi. Sikap rendah diri menjadikan beliau dihormati oleh guru-guru lain yang mengajar di pondok tersebut. Cara ibadat di Saudi tidak dibawa sepenuhnya ke pondok tersebut kerana terdapat sedikit perbezaan. Beliau amat menghormati pandangan guru ditempatnya mengajar.

            Beliau juga diberi kepercayaan untuk membantu mengajar di pondok tersebut. Dengan pengalaman belajar di negara arab , beliau diberi kepercayaan mengajar bahasa Arab. Beliau mengajar di pondok tersebut selama 5 tahun. Disebabkan ingin berdikari beliau akhirnya pulang ke kampung asalnya di Tasek Gelugor.

            Beliau memulakan pengajian dengan membuka sebuah kelas pengajian di sebelah  rumah ibunapanya. Pelajarnya terdiri dari penduduk kampung berdekatan. Muridnya kebanyakan berumur 40 tahun ke atas. Kelasnya dimulakan selepas waktu maghrib dan di adakan 2 kali seminggu. Malam-malam yang lain digunakan untuk mengajar di Masjid-masjid sekitar kampungnya.
            Untuk menyara kehidupan, beliau mengusahan sawah padi milik ayahnya. Siang hari beliau mengusahakan sawah padi dan pada sebelah malamnya pula mengajar ilmu agama kepada masyarakat di sekitar. Beliau pernah ditawarkan menjadi kadzi daerah Seberang Perai, tetapi menolaknya kerana lebih berminat mengajar.
           Kini,Ustaz Ayob telah menjadi seorang guru yang cukup berwibawa.Sikap sabar dan tekunnya telah menjadikannya seorang guru yang disegani masyarakat setempat.Segala permasalahan masyarakat dirujuk kepada beliau.Beliau sangat disenangi kerana ilmu agama yang mendalam.


Keluarga beliau kini.

          Ustaz Ayob telah mendirikan rumah tangga selama 40 tahun bersama isteri tercinta,Pn Hajjah Zainab bt Abu Bakar.beliau telah dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.Kesemua anaknya telah berjaya dalam hidup mereka dan telah berumah tangga.Oleh itu,beliau mempunyai 9 orang cucu.
           Ustaz Ayob turut berkongsi kenangan termanis dalam hidupnya iaitu sewaktu menunaikan haji bersama isteri tercinta.Beliau dan isteri pergi menunaikan haji pada tahun 1991M.Pengalaman tersebut menjadi kenangan termanis sepanjang hidupnya.


penutup
 
           Jasa Ustaz Ayob yang terbesar ialah beliau telah mendirikan sebuah sekolah agama di kampung beliau.Sekolah agama tersebut diberi nama Madrasah Al-Ibtidaiyah.Sekolah yang serba sederhana tersebut telah didirikan hasil usaha beliau bersama sokongan masyarakat setempat sekitar tahun 1995M.Sekolah yang telah beroperasi selama 16 tahun itu digunakan untuk pengajian agama bagi para pelajar linkungan usia 6 sehingga 13 tahun.pengajian agama sepeti ilmu Al-quran dan ilmu bahasa arab telah mendidik kanak-kanak setempat.Beliau juga turut mengajar ilmu bahasa arab dan tajwid di sekolah tersebut.
            Ustaz Ayob juga merupakan seorang imam di Masjid Al-Ikhlas berdekatan rumah beliau.Walaupun telah berusia,beliau seorang yang sangat kuat dan sihat.Rekod kesihatannya bersih dari sebarang penyakit.Jika ditanya apa petuanya,pasti beliau menjawab mengikut sunnah Rasulallah s.a.w.Beliau sempat berpesan,amalkan cara hidup rasul kita dengan berlandaskan Al-Quran dan kitab Rasulallah nescaya selamat dunia dan akhirat.





           

No comments:

Post a Comment